CERAMAH UMUM PAKATAN RETAK MENANTI BELAH

Archived in the category: Uncategorized
Posted by admin on 15 Mar 10 - 0 Comments

Flyers ceramah umu-ipoh

PROGRAM JUARA RAKYAT

Archived in the category: Uncategorized
Posted by admin on 03 Mar 10 - 0 Comments

JUARA

Lawatan Sehari Raja Muda Perak Ke Pangkor

Archived in the category: Uncategorized
Posted by admin on 19 Feb 10 - 0 Comments

pangkor11

PANGKOR, 19 Feb — Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah pada hari Jumaat berkenan melakukan lawatan sehari ke Pulau Pangkor, tempat kelahiran dan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Baginda yang diiringi Raja Puan Besar Perak Tuanku Zara Salim memulakan program dengan menghadiri majlis penyampaian sumbangan kewangan untuk para pelajar miskin serta golongan miskin di Sekolah Kebangsaan Sri Pangkor di sini pada sebelah pagi.

Baginda turut berkenan meninjau kawasan Kampung Masjid yang terletak berdekatan Sekolah Kebangsaan Sri Pangkor selain turut melawat ke rumah keluarga Menteri Besar yang terletak dalam kampung berkenaan.

Pada sebelah tengah hari, Raja Nazrin berangkat untuk bersembahyang Jumaat di Masjid Teluk Raja Bayang di sini dengan diringi Zambry, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria serta para pemimpin negeri dan tempatan.

Pasangan diraja itu mengakhiri program lawatan dengan menghadiri Majlis Ramah Mesra dan Sambutan Tahun Baru Cina Bersama Masyarakat Pangkor di Dataran Pangkor di sini.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Kong Cho Ha.

pangkor9pangkor2pangkor3pangkor14pangkor24pangkor7

BAJET 2010 BERTERASKAN KESEJAHTERAAN RAKYAT – MB PERAK

Archived in the category: Uncategorized
Posted by admin on 25 Nov 09 - 0 Comments

zambryIPOH, 28 OKTOBER 09 – Menteri Besar Perak, Y.A.B. Dato’ Seri Dr. Zambry Abd Kadir membentangkan Bajet 2010 Negeri Perak berjumlah RM739.58 juta dengan defisit diunjurkan berjumlah RM23 juta pada persidangan Dewan Undangan Negeri. Beliau berkata keadaan bajet defisit itu tidak dapat dielakkan kerana hasil yang dianggarkan tidak dapat menampung perbelanjaan yang semakin meningkat namun kadar defisit itu berkurangan berbanding defisit RM25 juta pada Bajet 2009. Read more »